Kerja Kursus Sejarah STPM 2017

KEBANGSAAN SEKSYEN 19, SHAH ALAM DALAM BIDANG KOKURIKULUM DARI TAHUN 1994 HINGGA 2015.

PENGENALAN
          Sejarah sistem pendidikan negara sebelum penjajahan berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja). Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bermoral tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
          Semasa penjajahan British, wujud Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, yang mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan untuk membasmi buta huruf.
          Seterusnya, wujud Sekolah Inggeris yang hanya terdapat di kawasan bandar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan dalam kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan.
          Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan Malaysia. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara[1]. Lantaran itu kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa pentingnya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri.Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai[2]. Sebagai contoh pada hari ini, terdapat banyak Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan yamg ada di Malaysia. Mengikut Kamus Dewan Bahasa, sekolah ialah sebuah tempat untuk belajar dan mengajar[3].



SEJARAH PENUBUHAN
          Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam atau nama ringkasnya SMK Seksyen 19, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, 40300, Malaysia. SMK Seksyen 19 ini terletak di tengah-tengah kawasan perindustrian Shah Alam dengan keluasan 40.8 hektar.
          Sekolah ini mula beroperasi pada 20 Jun 1994 dengan  satu kelas khas, 2 kelas tingkatan peralihan, 10 kelas tingkatan satu, 6 kelas tingakatan dua dan 4 kelas tingkatan empat. Nama kelas yang berada di dalam SMK Seksyen 19 diambil berdasarkan kenderaan nasional.
          Jumlah keseluruhan pelajar ketika itu hanya seramai 785 orang pelajar dengan guru seramai 17 orang sahaja. Pada tahun 2009, bilangan pelajar SMK Seksyen 19 bertambah sehingga memiliki 1096 orang pelajar lelaki dan 1112 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2208 orang dan mempunyai seramai 145 orang guru. Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam mempunyai 148 orang guru, 18 orang staf sokongan, 62 buah kelas dan seramai 2120 orang pelajar`.
          Visi Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam ialah ‘ Pendidikan berkualiti, Insan terdidik, Negara sejahtera’. Manakala, Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam ialah ‘Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara’. Seterusnya, Moto Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam ialah ‘Berilmu menuju wawasan’.




KEJAYAAN
          Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam (SMK Seksyen 19) merupakan sebuah sekolah yang telah banyak mencipta kejayaan. Kejayaan ini meliputi aspek kokurikulum. Antara kejayaan yang dikecapi oleh SMK Seksyen 19 ialah dianugerahkan sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun 2006.
          Pada tahun 2007, SMK Seksyen 19 telah menyertai Pertandingan Kitar Semula Anjuran MBSA & F&N. SMK Seksyen 19 telah mendapat tempat Ke-3 dalam pertandingan tersebut. Pada tahun hadapannya, pihak sekolah telah menjadi johan dalam pertandingan yang sama. Selain itu, dalam tahun yang sama juga, SMK Seksyen 19 telah melancarkan Majlis Pelancaran e-Akademik dan e-Disiplin yang dirasmikan oleh YB Dato Noh B. Hj.Omar. Seterusnya, SMK Seksyen 19 telah menghantar wakil pelajar dari kelas pendidikan khas dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah juga telah mendapat Sijil Penghargaan iaitu Sijil Tanpa Teguran (Memuaskan) Bagi Pengauditan Tahun Kewangan tahun 2007. Pada sambutan kemerdekaan kali ke-50, pihak sekolah telah memecah rekod dengan membuat kad ucapan sempena hari kemerdekaan yang terpanjang di dunia. Panjang kad tersebut ialah satu kilometer. Kejayaan tersebut telah tercatat dalam Malaysian Book Of Record.
         Pada tahun 2008, SMK Skeksyen 19 telah mendapat Anugerah Kualiti Kepimpinan. Malah, pihak sekolah juga diberikan Anugerah Kualiti Pengurusan Kantin dan Anugerah Kualiti Landskap Sekolah. SMK Seksyen 19 juga buat julung kalinya telah menghantar pelajar dalam Pertandingan Choral Speaking Anjuran Subang Parade. Dalam penyertaan kali kedua, pihak sekolah telah berjaya menjadi johan  Zon MBSA. Seterusnya, dalam pertandingan Projek Khas Kelip-kelip anjuran TNB, SMK Seksyen 19 telah menduduki Tempat Ke-2. Seterusnya, SMK Seksyen 19 juga memperoleh Anugerah Kualiti Pencapaian Ko-kurikulum Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah Kebangsaan.
          Dalam bidang sukan, SMK Seksyen 19 telah mencatat kejayaan apabila menjadi johan dalam Pertandingan Silambam Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Seterusnya, pihak sekolah telah mencatatkan kejayaan yang paling membanggakan apabila seorang atletnya iaitu Foo Jiang Beng telah dianugerahkan sebagai Olahragawan Sukma 2008. Beliau telah mendapat pingat emas individu dalam Kejohonan Renang Sekolah-sekolah Asia. SMK Seksyen 19 juga telah diumumkan sebagai Naib Johan Taekwando dalam National Junior Championship dan Malaysian Closed Championship pada Peringkat Negeri. Selain itu, SMK Seksyen 19 juga telah menghantar wakil pelajar dari Kadet Pertahanan Awam untuk menyertai Pertandingan Kawad Kaki dan berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.
          Pada tahun 2009, seorang pelajar dari Kadet Bomba telah menjadi wakil SMK Seksyen 19 dalam Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Selangor dan berjaya mendapat Anugerah Ketua Platun Terbaik. Selain itu, SMK Seksyen 19 juga telah diberi Anugerah Kualiti Pengurusan 3K Kategori Kebersihan dan Anugerah Kualiti Pengurusan Kokurikulum. Pihak SMK Seksyen 19 juga menyertai Pertandingan Kitar Semula Anjuran MBSA & F&N dan telah memperoleh kedudukan Naib Johan. Di samping itu, SMK Seksyen 19 juga telah mendapat tempat naib johan dalam pertandingan Tilawah Pendidikan Khas Peringkat pada Kebangsaan. SMK Seksyen 19 juga telah mendapat Tempat Ketiga Kategori Perempuan dalam acara menembak Sempena Hari Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan dan Johan Pertandingan Kawad Kaki Lelaki dan Perempuan Sempena Hari Kor Kadet Polis Peringkat Negeri. SMK Seksyen 19, Shah Alam juga telah menyertai Sketsa Kerjaya Sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Peringkat Daerah dan telah memperoleh kedudukan Johan. Tambahan pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah mendapat Johan bagi Catur Lelaki Bawah 15 Peringkat Negeri dan Naib Johan bagi Kejohanan Catur Perempuan Bawah 18. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga mendapat Johan bagi Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah. Bukan itu sahaja, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam juga telah mendapat Johan Kategori Bahasa Inggeris dalam Pertandingan Projek Warga USM.
          Pada tahun 2010, Sekolah Menengah telah memperoleh Gold Medal in Junior and Sub-junior Category bagiPertandingan Silambam 1 Asian Championship. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah menyandang kedudukan Naib Johan bagi Pertandingan UMW Green Challenge Peringkat Negeri. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah menyertai pertandingan Sains dan Teknologi  Sempena Karnival Sains Daerah Petaling Perdana dan telah mendapat Johan bagi kategori Saintis Muda dan tempat ketiga bagi kategori Solar Car. Tambahan pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah berjaya melancarkan Pelancaran Laman Web Sekolah Peringkat Sekolah. Sekolah Menegah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah menghantar pasukan Bola Baling  dan pasukan Bola Sepak MSSD Bawah 18 Peringkat Daerah dan kedua-dua pasukan tersebut telah mendapat Johan. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 telah mendapat Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Kategori Kadet Lelaki bagi Pertandingan Menembak Revolver dan M16 Kor Kadet Polis Peringkat Daerah.
          Pada tahun 2011, seorang pelajar perempuan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 iaitu Syasya Syarafana Syauqina Binti Muhamad Adam Lim telah mewakili Malaysia ke Sunburst Youth Camp (SYC) 2011 di Singapura. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam mendapat Johan dalam Pertandingan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Selangor. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Juga telah menyertai Pertandingan Kitar Semula Kategori Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor dan berjaya mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Daerah Petaling Perdana.
          Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah memperoleh Johan dalam Pertandingan Bilik PJPK Sempena Sambutan Hari Guru. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah menghantar wakil pelajar dari badan beruniform kadet bomba dan penyelamat untuk menyertai Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan dan berjaya mendapat Johan Kawad Berhalangan (kering), Naib Johan Kawad Kaki Lelaki dan Kawad Kaki Wanita di dalam kem tersebut. Tambahan lagi, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah menghatar wakil pelajar dari badan beruniform kadet polis untuk pergi ke Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor dan telah berjaya membawa kejayaan iaitu Johan bagi kategori Lelaki dan Perempuan dalam Pertandingan Kawad Kaki. Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah menyertai Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Negeri Selangor dan berjaya mendapat tempat ketiga. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah menghantar wakil pelajar iaitu Nor Haslinda dan Norazizah dalam pertandingan Futsal dan telah berjaya mendapat pingat emas dalam pertandingan tersebut.
          Pada tahun 2012, seorang pelajar lelaki iaitu Adam Azza bin Zailan telah mewakili Daerah Petaling Perdana dalam Pertandingan Bowling MSSS dan Mewakili Selangor ke Peringkat MSSM. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah menghantar seorang pelajar perempuan dari kelas pendidikan khas iaitu Nur Adawiyah Binti Harun dalam Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Murid Pendidikan Khas -Nur Adawiyah bt Harun dan mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah menghantar wakil pasukan kadet polis dalam Perkemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor dan berjaya mendapat johan dalam kategori Kawad Kaki Wanita dan Naib Johan Kawad Kaki Lelaki Perkemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga menyandang Tempat ke-3 dan mendapat Anugerah Kreatif dalam Program Enviro-Tech for e-Creativity anuran YAWA dan AMD.
          Seterusnya, memperoleh Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik sempena Hari Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga menceburkan pelajar dalam bidang teater dan telah memasuki Pertandingan Teater pada Peringkat Daerah Petaling Perdana dan pada Peringkat Negeri Selangor sekali gus mendapat Johan pada peringkat daerah dan anugerah dalam kategori Anugerah Pelakon  Wanita Terbaik pada peringkat negeri Selangor iaitu Siti Nurhidayah Bt Mohd Fauzi. Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah dianugerahkan Anugerah Khas Kualiti - Kepimpinan Kokurikulum Peringkat Daerah Petaling Perdana, Anugerah Khas Kualiti -Kepimpinan PIBG Peringkat Daerah Petaling Perdana, Anugerah Khas Kualiti Kualiti Laluan PPDA Peringkat Daerah Petaling Perdana, Johan Anugerah Kualiti  Pengurusan Bilik PJPK- Stor Sukan Peringkat Daerah Petaling Perdana dan Johan Anugerah Kualiti Pusat Sumber Sekolah Peringkat Daerah Petaling Perdana.
          Pada tahun 2013, kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan 19, Shah Alam ialah telah memenangi banyak Anugerah Kualiti PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Petaling Perdana Sempena Sambutan Hari Guru 2013. Antara anugerah yang dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam ialah Anugerah Khas Kualiti Kepimpinan GPK, Anugerah Khas Kualiti Kepimpinan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), Anugerah Khas Kualiti Pengurusan Makmal Komputer (Johan), Anugerah Khas Kualiti Pengurusan Bilik Peperiksaan (Johan), Anugerah Khas Kualiti Pengurusan Bilik Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) iaitu Johan, Anugerah Khas Kualiti Pengurusan Bilik Pendidikan Khas iaitu Johan, Anugerah Khas Kualiti Pengurusan Pusat Sumber iaitu Naib Johan, Anugerah Khas Pengurusan Kantin dan Anugerah Khas Kualiti Pencapaian Akademik Lonjakan Saujana Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
          Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah menghantar seorang wakil pelajar perempuan iaitu Najaa Syairah Binti Mahyuddin dalam Pertandingan Menembak 10 meter Air Pistol Peringkat Kebangsaan dan telah berjaya mendapat Johan. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam berjaya mendapat Johan Berkumpulan Taekwando 13-15 Tahun Peringkat Negeri. Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam mendapat Johan dalam Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor dalam acara 4 x 100 Meter dan 1500 Meter. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Majlis Tilawah Al-quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah berjaya mendapat Johan Kraf dalam Perkhemahan Kadet Puteri KRS (Kadet Remaja Sekolah)  Peringkat Daerah.         
          Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah memperoleh kejayaan iaitu Tempat Ketiga Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan dalam acara larian 4 X 100 Meter yang diwakili oleh Nur Nadiatul Binti Zainudin. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah menghantar beberapa orang wakil pelajar ke Kejohanan Taekwando MSSS dan telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori individu dan tempat ketiga bagi kategori berpasangan. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah memperoleh Tempat Ketiga Pertandingan Kawad Kaki Berpasukan Kadet Polis Lelaki dan Wanita pada Peringkat Negeri. Tambahan pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam berjaya mendapat Tempat Ketiga Pertandingan Kawad Kaki Berpasukan Kadet Polis Kategori Peserta Terbaik Lelaki Peringkat Negeri. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah berjaya menyandang kedudukan Naib Johan Pertandingan Majlis Tilawah Al-quran Pendidikan Khas bagi Kategori Wanita. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah memperoleh Naib Johan Sukan Renang dalam acara 100 Meter Gaya Kuak Dada Lelaki Bawah 15 MSSS. Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah mendapat Naib Johan Pertandingan Majlis Tilawah Al-quran bagi Pendidikan Khas Peringkat Negeri.
          Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam telah berjaya membawa pulang Pingat Emas dalam Acara Menembak Air Riffle Pra SUKMA Perlis Kategori Wanita, Pingat Emas Bawah 15 Kejohanan MSN dan Pingat Perak Berpasukan Malaysian Junior yang diwakili oleh Delaila Binti Iskandar Richard. Selain itu, Alicia Tan Kai Ling juga telah mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam dalam Acara Menembak Air Pistol Pra SUKMA Perlis dan berjaya membawa pulang pingat emas. Begitu juga dengan acara Kejohanan 1st Malaysia Junior, beliau berjaya membawa pulang pingat emas. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga berjaya mendapat Johan Peringkat Negeri Selangor dalam Pertandingan Bicara Berirama.
          Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga berjaya mendapat Johan Kejohanan Hoki Sukan Berprestasi Tinggi MSSS bagi Kategori Lelaki Bawah 14 Tahun. Tambahan pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga berjaya mendapat Johan dalam pertandingan 37th Malaysian International Open Bowling Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun yang diwakili oleh Adam Azza Bin Zailan. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga berjaya mendapat Naib Johan dan Tempat Ketiga Acara Bowling Kategori Berpasukan Lelaki dalam Sukan Malaysi XVII Perlis (SUKMA 2016). Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam juga telah mendapat Naib Johan Kategori Cup Bawah 18 Tahun dalam Kejohanan Ragbi MSSD dan MSSS.
          Pada tahun 2015, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam  telah mewakili Malaysia dalam Asian Children’s Film Festival Hokkaido anjuran Kedutaan Jepun dan Jenesys Programme, Japan. Selain itu, Johan Peringkat Negeri Selangor dalam Pertandingan Bicara Berirama Intergriti. Naib Johan Pertandingan Muzik Kitar Semula Anjuran MPSJ Selangor. Naib Johan 50 Meter Gaya Dada dan Tempat Ketiga 100 Meter Gaya Dada Bawah 18 Kejohanan Akuatik MSSS. Tempat Ketiga Kategori Cup Bawah 18 Kejohanan Ragbi MSSS. Tempat Ketiga Kejohanan Catur MSSD Bawah 15 Perempuan Berkumpulan. Pingat Emas Acara Poomsae Kategori 13-15 Tahun , 16-18 Tahun Kejohanan Taekwando MSSD. Wakil Negeri di Perbarisan Hari Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan dan memperoleh anugerah Kadet Wanita Terbaik IPD Shah Alam iaitu Izyan Zuhaily Binti Zolkeple. Johan Peringkat Negeri Selangor, Kejohanan Bola Jaring PPKI dan Pingat Perak Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Negeri Selangor iaitu Nurul Zulaikha Binti Ishak. Tempat Ketiga Kejohanan Hoki Bawah 18 Lelaki dan Wanita MSSD Petaling Perdana. Naib Johan 200 Meter Lari Berhalangan, Naib Johan 200M  dan Tempat Ketiga 4x100M dalam Kejohanan Olahraga MSSD Petaling Perdana.



KESIMPULAN
          Kesimpulannya, SMK Seksyen 19 merupakan sebuah institusi pendidikan yang banyak menyumbang bakti kepada masyarakat Shah Alam khususnya penduduk Seksyen 19. Kejayaan-kejayaan yang diraih oleh pihak sekolah bukan sahaja berjaya menaikkan imej sekolah tetapi juga membentuk pelajarnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan komited dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, pelajar yang dihasilkan oleh SMK Seksyen 19, lebih mempunyai jati diri yang kukuh sehingga mampu menghadapi setiap cabaran apabila melangkah keluar dari alam persekolahan. Semua ini adalah hasil kerjasama pihak sekolah dan para guru yang sentiasa mengadakan program-program yang membentuk sahsiah diri pelajar supaya menjadi insan yang lebih berguna kepada masyarakat.
          Penubuhan dan kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam adalah kerana berpegang teguh pada visi dan misi. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 juga adalah sebuah institusi yang berlandaskan kepada perancangan dan perlaksanaan yang berterusan serta memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak khususnya para pentadbir, guru dan pelajar bagi memastikan kejayaan pelaksanaan ini mencapai matlamatnya. Ia bagi membentuk dan mempertingkatkan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 agar mampu untuk menjadi pelajar yang berjaya.





PENUTUP
          Dengan terhasilnya kajian ini, maka saya berharap agar masyarakat setempat memandang tinggi jasa dan sumbangan SMK Seksyen 19. Jika sebelum ini, SMK Seksyen 19 hanya dianggap seperti sekolah-sekolah yang lain, tetapi dengan adanya kajian ini maka penduduk sekitar dapat melihat keistimewaan SMK Seksyen 19. Keistimewaan ini, bukan sahaja dilihat dari faktor fizikal sekolah tetapi juga hasil keluaran pelajarnya yang lebih berkualiti. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai diharap mampu menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain.
          Pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan momentum kejayaan-kejayaan ini agar berterusan dalam kalangan pelajar-pelajar yang akan datang. Pihak PIBG perlu mengadakan atau menganjurkan lebih banyak aktiviti kecemerlangan supaya hasrat SMK Seksyen 19 untuk melahirkan pelajar yang berkualiti akan berjaya dan berterusan. Selain itu, kerajaan juga adalah salah satu pihak yang sangat berkesan dalam membantu menaikkan kejayaan sekolah. Ini adalah kerana, kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan prasarana yang lengkap dan canggih untuk kegunaan sekolah dan pelajarnya.      
          Saya berharap agar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam akan meneruskan legasi kejayaan ini malahan menambah lagi kejayaan pada masa akan datang. Sekali gus dapat menjadi suri tauladan kepada sekolah-sekolah lain. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 juga dapat menimbulkan persaingan sihat antara sekolah-sekolah lain.



NOTA HUJUNG
[1] Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman, Jazamuddin Baharuddin. 2007. Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur.
[1] Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasa Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur.
[1] Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

BIBLIOGRAFI
Buku:
1.      Pendidikan Malaysia Dahulu dan Sekarang, Kay Kim Khoo, 2007
2.      Perjuangan Memperkasa Pendidikan Di Malaysia, Nik Azis Nik Pa, 2008
3.      Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat
Internet:
2.      www.smks19.edu.my
3.      http://m.facebook.com
Orang sumber:
1.      Puan Zaleha Binti Abu Hasaan, 12, Jalan Terung 25/16, Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam.
2.      Puan Rafidah Binti Radhi, 512 Tingkat 4, Blok 17, Jalan Tupai 20/16, Seksyen 20 Shah Alam 40300, Selangor, Darul Ehsan.






[1] Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman, Jazamuddin Baharuddin. 2007. Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur.
[2] Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasa Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur.
[3] Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

Comments

  1. Best Videoslots YouTube
    Videoslots.net. Best Videoslots mp3 to youtube Youtube: Videoslots.net. Videoslots.net. Videoslots.net has 5 videoslots available. Videoslots.net

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Pengajian Am 2017